Noob Book Review - Pemberontak Filem by Nasir Jani by nazirullsafry

View this thread on steempeak.com
· @nazirullsafry ·
$0.55
Noob Book Review - Pemberontak Filem by Nasir Jani
## Filem Cerdik, Cerdik Filem dan 'Kepalatan'
![POSTER2.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmajxLEpRjt9p8r4ueowFxmZHvfHy7up3UUZd7bEVDPeXY/POSTER2.jpg)
>Naskah mengisahkan pengembaraan seorang seniman sepanjang perjalanan kehidupan beliau. Bagaikan seorang pendita yang taat dan patuh pada pengertian sebenar filem. Namun dalam dunia yang bertuhankan wang, ketaatan kepada seni itu diuji bertalu-talu, sehinggakan ada kalanya terpaksa tunduk dan jiwa dan raga seni filem itu sendiri tergadai.

>Disitulah lahirnya roh melawan dan memberontak, menegakkan erti kata seni filem yang sebenarnya, walaupun tenggelam dalam gelora tangisan, tangan tetap menggenggam lurus ke arah langit, teguh memberontak.

**Nasir Jani** berkongsi kisah kisah dari zaman beliau membesar di Alor Gajah, Melaka dan kenangan menyaksikan persembahan bangsawan dipentas kampung. Dan juga tayangan 'wayang pacak' yang digunakan sebagai saluran menyebar propaganda kerajaan dan promosi rokok.

Kemudiannya membesar ke tayangan di panggung wayang Cathay dan Lido di Melaka filem-filem Melayu dari Singapura, lantas bercerita tentang perwatakkan Cathay Keris dan Malay Film Production. Olahan filem Hang Tuah arahan **P. Ramlee** (1955) dan perbandingan dengan Hang Jebat (1961) arahan **Hussein Haniff,** seorang pengarah filem Melayu yang jarang diperkatakan namun disini, Nasir Jani mengupas siapakah Hussein Haniff beliau dan tata-kerjanya yang lain dari yang lain sebagai pengarah filem. Semuanya daripada kisah pengalaman Yunos Alwi dari Profilm, syarikat pengiklanan dimana Nasir Jani bermula bekerja.

Dari situ, episod-episod bekerja dengan **Hafsham** untuk filem **Mekanik** (1981) dan seterusnya mengarahkan filem pertama beliau, **Kembara Seniman Jalan** (1986) dan filem kedua **Rozana Cinta 87** (1987). Disini lah juga Nasir Jani berkongsi kisah-kisah dimana pemberontakkan bermula di FFM-6 **Pyanhabib Rahman**

Sehinggalah terjadinya **Tombiruo**. Walaupun sudah 30 tahun selepas Kembara Seniman Jalanan dan peristiwa-peristiwa bersejarah disebaliknya, api pemberontak telah ternyalakan semula kerana 'kepalatan' masih berleluasa.. Perhambaan wang yang telah menggadaikan ketulenan perfileman.
![POSTER2c.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmbAMyjHV3ruxnYdHjWb8nxPBv1tNcDy3RakMzwgdFXTk8/POSTER2c.jpg)
Persoalan-persoalan seperti 'Cerdik Filem atau Filem Cerdik' mengolah konflik dalam berkarya. Lantas Nasir Jani memetik dari **U-Wei Bin HajiSaari** "...aku perlukan penonton cerdik untuk membikin filem cerdik!"

Namun kini filem dibikin untuk menarik majority penonton-penonton demi kutipan tiket panggung. Mengapakah agaknya filem cerdik tiada sambutan? hmmm....ianya sangat berkait rapat dengan pihak rasmi yang kononnya bertanggungjawab menjunjung ketulenan filem, dan pemerintah yang nampaknya tidak ada langsung kerisauan perihal seni dan sastera, apatah lagi perihal filem cerdik dan pembangunan insan. Nasib tenaga-tenaga seni yang taat setia dengan perjuangan kurang didendang. Namun sebagai mana yang saya pernah katakan di review saya mengenai **'Karya'**, arahan **Abro Rivai,** "We might be sitting on a mat instead of cushioned seat. We might be open to the sound of the nearby traffic, instead of a well sound-proofed cineplex hall, but it is the manifestation of the passion and love saying "we are free".

Buku 374 mukasurat ini mungkin terlalu tebal bagi seseorang yang bukan ulat buku seperti saya, namun ia telah disusun dan diolah dengan sangat cantik, penuh dengan kisah-kisah dan ulasan-ulasan menarik, ianya adalah satu "page turner".

Ini adalah salah satu 'Kitab Kuning' yang wajib dimiliki dan dibaca oleh peminat-peminat filem tempatan, selepas lagi satu 'Kitab Kuning', **"Malaysian Cinema In a Bottle"** tulisan **Hassan Abd Muthalib**
![POSTER2b.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmdWsqUJ2eiHBWBzN4CxbfVJpxwRDSQHqVgAaJYkbRHjTV/POSTER2b.jpg)
👍  , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , and 152 others
properties (23)
post_id73,622,637
authornazirullsafry
permlinknoob-book-review-pemberontak-filem-by-nasir-jani
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysia","film","life","blog","curator"],"image":["https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmajxLEpRjt9p8r4ueowFxmZHvfHy7up3UUZd7bEVDPeXY\/POSTER2.jpg","https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmbAMyjHV3ruxnYdHjWb8nxPBv1tNcDy3RakMzwgdFXTk8\/POSTER2c.jpg","https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmdWsqUJ2eiHBWBzN4CxbfVJpxwRDSQHqVgAaJYkbRHjTV\/POSTER2b.jpg"],"app":"steemit\/0.1","format":"markdown"}
created2019-04-24 02:37:57
last_update2019-04-24 02:37:57
depth0
children2
net_rshares1,145,216,793,625
last_payout2019-05-01 02:37:57
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.434 SBD
curator_payout_value0.120 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length3,913
author_reputation12,525,001,246,993
root_title"Noob Book Review - Pemberontak Filem by Nasir Jani"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
author_curate_reward""
vote details (216)
@teammalaysia ·
#### You’ve been upvoted by **TeamMalaysia** Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using **steemauto.com** and follow trail of @myach

Vote **TeamMalaysia** witness bitrocker2020 using this link vote for witness

properties (23)
post_id73,679,781
authorteammalaysia
permlink947p30xhd8
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysiadevtest","teammalaysia"],"app":"stephard\/0.1"}
created2019-04-25 02:53:39
last_update2019-04-25 02:53:39
depth1
children0
net_rshares579,272,814
last_payout2019-05-02 02:53:39
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.000 SBD
curator_payout_value0.000 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length351
author_reputation198,507,892,119
root_title"Noob Book Review - Pemberontak Filem by Nasir Jani"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
author_curate_reward""
vote details (1)
@minnowsupport ·

Congratulations!  This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by Naz from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows.  Please find us at the  Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel.  It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

properties (22)
post_id73,679,810
authorminnowsupport
permlinkre-noob-book-review-pemberontak-filem-by-nasir-jani-20190425t025424z
categoryteammalaysia
json_metadata{"app":"beem\/0.20.20"}
created2019-04-25 02:54:24
last_update2019-04-25 02:54:24
depth1
children0
net_rshares0
last_payout2019-05-02 02:54:24
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.000 SBD
curator_payout_value0.000 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length1,686
author_reputation104,981,098,086,561
root_title"Noob Book Review - Pemberontak Filem by Nasir Jani"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000