Bagaimana nak membuat kelas percuma bagi kanak-kanak kurang berkemampuan? by rosmadirazali

View this thread on steempeak.com
· @rosmadirazali ·
$4.37
Bagaimana nak membuat kelas percuma bagi kanak-kanak kurang berkemampuan?
Aku tinggal di kawasan perumahan di Subang Perdana. Kawasan perumahan tempat aku tinggal ni bukanlah residential area yang mewah. Majority penduduk di sini adalah dari golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Ada juga penduduk yang tinggal dalam keadaan betul-betul serba kekurangan. Yang aku kesiankan adalah anak-anak mereka.

Mungkin kerana ibu-bapa mereka nak mencari pendapatan lebih, aku perasan anak-anak mereka dibiarkan di rumah bersama adik-beradik yang lain. Ada yang si abang menjaga adik-adik dia. Ada juga si kakak yang menjaga.

Yang paling aku terkesan adalah budak-budak kecil ni dibiarkan saja pada sebelah malam tanpa pengawasan. Lepak di tepi-tepi tangga. Ada yang bermain di kawasan parking sementara menunggu ibu-bapa mereka balik dari kerja.

Ada juga yang aku lihat membuat kerja sambilan di kedai runcit berdekatan dengan rumah selepas habis sesi persekolahan. Kagum aku tengok. 

Terdetik dalam hati, aku rasa nak memberi bantuan kepada kanak-kanak tadi. Sejujurnya, nak memberi sumbangan kewangan, aku tidaklah berapa mampu. Aku bercadang nak membuat kelas percuma kepada mereka.

Kelas yang aku nak berikan sudah semestinya berkaitan dengan basic computer, kerana itu adalah bidang aku. Kelas yang aku fikir nak buat adalah seperti:
* Perkakasan asas komputer
* Keyboarding
* Basic Microsoft Word
* Basic Microsoft Excel
* Bacis Microsoft PowerPoint

Cuma yang menjadi kekangan bagi aku adalah, aku tak tahu bagaimana nak mulakan, dimana nak buat kelas tu dan dengan siapa aku harus bercakap. Paling aku risaukan, adalah tempat untuk membuat kelas tersebut. 

Apa yang aku boleh buat sekarang adalah Google cara-cara membuat kelas percuma di internet. Mudah-mudahan, aku dapat guidance mcmana nak membuat kelas tu.


---
@rosmadirazali

--- 



👍  , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
properties (23)
post_id45,087,339
authorrosmadirazali
permlinkbagaimana-nak-membuat-kelas-percuma-bagi-kanak-kanak-kurang-berkemampuan
categoryteammalaysia
json_metadata"{"links": ["/@rosmadirazali"], "community": "busy", "users": ["rosmadirazali"], "tags": ["teammalaysia", "bahasa-malaysia", "busy"], "app": "busy/2.4.0", "format": "markdown"}"
created2018-04-24 00:53:03
last_update2018-04-24 00:53:03
depth0
children0
net_rshares637,418,496,500
last_payout2018-05-01 00:53:03
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value3.442 SBD
curator_payout_value0.924 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length1,783
author_reputation5,024,711,266,930
root_title"Bagaimana nak membuat kelas percuma bagi kanak-kanak kurang berkemampuan?"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
author_curate_reward""
vote details (58)