Noob Film Review - Lang Buana (2003) oleh Mamat Khalid by nazirullsafry

View this thread on steempeak.com
· @nazirullsafry ·
$0.84
Noob Film Review - Lang Buana (2003) oleh Mamat Khalid
<center>![langbuana4.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmSxYrGz5nG6XWmLb4Mh2KfsdXnJEXqMxG6qT2LCn9vqcQ/langbuana4.jpg)</center>
### Pangkah. Silang. Salah.

Inilah sistem yang telah kita resapi semata-mata untuk merdeka. Dan dengan persetujuan ini dan globalisasi perdagangan, segala apa benda pun bebas untuk keluar masuk. Walau macam mana kita persetankan penjajah-penjajah dahulu, kita terima dengan tangan terbuka 'hadiah-hadiah' dari mereka.

Nah Smartphone. Nah Internet. Nah kebebasan bersuara. 

Maka terciptalah kata-kata indah berbunyi "Ini wall aku sukahati aku lah nak cakap apa".

Sudah lupakah apa **P.Ramlee** kata "Bahasa menunjukkan bangsa"?

Dengan keterbukaan ini, pada tahun **1998** terhasilah karya agung yang diberi nama **SHIT.** Kata-kata puitis dan olahan indah menetak ummah terbelah dua maka bolehlah kita memangkah yang mana kita suka.
Sistem yang secara terbuka mewajibkan perpecahan. Setiap perbezaan dijadikan berhala diusung tinggi-tinggi dan dihias supaya boleh dibandingkan dengan yang lain.

Bertanjak tinggi bersilang keris memperjuangkan bangsa, namun bahasa ikut tang siapa? Memang Melayu takkan hilang tetapi melayu tang mana yang tinggal?
<center>![langbuana3.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmZZrVgLNEZwDRU6SfSEkuZtV95t6ykozpCPH7jq1H8E7w/langbuana3.jpg)</center>
Enter **Datuk Merewang** (Seniman Kuswadinata). Tanjak yang tinggi selayaknya dengan budi bahasa dan adab. Walaupun dilihatnya dari pemakaian **Si Gunung, Si Daik** dan **Si Bercabang** tidaklah seperti perutusan dari Istana Sultan untuk berperang dengan **Sang Nira**, namun disembah dan disambut dengan tiada kurangnya dengan sambutan seorang putera raja.

Kita penonton pasti ingat **Datuk Merewang** ni bodoh kerana mempercayai putera palsu, beliau tetap melayan ketiga-tiga pemuda itu dengan baik. Setelah dia membuat jelajah mencari bantuan perang dari negeri ke negeri, jelas **Datuk Merewang** sudah tahu dari awal yang **Si Gunung, Si Daik** dan **Si Bercabang** memanglah bukan perutusan dari istana Sultan. Harapan menggunung untuk melawan **Sang Nira** akhirnya jatuh hancur berderai.

Memang bodoh rupanya **Datuk Merewang** ni. Harap budi bahasa dan adab sahaja.

Namun dipengakhiran, **Sultan** tiba ke **Lang Buana** dan terdedahlah indentiti sebenar Si Daik yang beliau sememangnya putera Sultan. Dari sini kita akhirnya tahu yang **Datuk Merewang** sebenarnya sudah mengetahui Daik sememangnya Putera Sultan dari detik mereka berlabuh. Siapa lagi kalau tidak perutusan dari **Sultan** datang dari jauh tepat pada masa dan ketikanya.

Ujian hadiah peti harta dari **Datuk Merewang** sebenarnya untuk melihat reaksi mereka. Sungguhnya orang istana tidak akan terkejut melihat harta. Namun **Daik** harus tetap berlakon. Perang terhadap **Sang Nira** dan mulut tempayan **Kiambang** pasti akan tersebarnya berita Putera Sultan sudah berada di **Lang Buana** dan strategi perang *'shock and awe'* tidak akan menjadi. Dan tutur adab **Datuk Merewang** bukanlah kosong tapi berisi. Bak kata pepatah indah "resmi padi, makin tunduk makin berisi".

**Sultan** pun tiba ke **Lang Buana** kerana memang sudah tahu putera baginda ada disana. (just as planned)

Tapi dini hari ramai **Kiambang** dimana-mana. Tanjaknya sama besar dan tinggi dengan **Datuk Merewang** tapi akal dan adab tak setinggi mana.

Gunalah "hadiah-hadiah" dari **Frank Mockingpower** yang dibawa masuk oleh **Orang Kaya Bentan** dengan bijaksana sebagaimana bijaksananya **Datuk Merewang** dan bukan **Kiambang**.

Nah Smartphone. Nah Internet. Nah kebebasan bersuara.
👍  , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , and 209 others
properties (23)
post_id81,967,465
authornazirullsafry
permlinknoob-film-review-lang-buana-2003-oleh-mamat-khalid
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysia","aaa","realityhubs","film","curator","movie","qurator"],"image":["https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmSxYrGz5nG6XWmLb4Mh2KfsdXnJEXqMxG6qT2LCn9vqcQ\/langbuana4.jpg","https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmZZrVgLNEZwDRU6SfSEkuZtV95t6ykozpCPH7jq1H8E7w\/langbuana3.jpg"],"app":"steemit\/0.1","format":"markdown"}
created2019-11-23 10:31:36
last_update2019-11-23 10:31:36
depth0
children1
net_rshares3,991,821,777,253
last_payout2019-11-30 10:31:36
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.430 SBD
curator_payout_value0.412 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length3,558
author_reputation12,525,001,246,993
root_title"Noob Film Review - Lang Buana (2003) oleh Mamat Khalid"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
author_curate_reward""
vote details (273)
@teammalaysia ·
#### This post has been curated by **TeamMalaysia** Community :- 
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using **steemauto.com** and follow trail of @myach

Vote **TeamMalaysia** witness bitrocker2020 using this link <a href="https://v2.steemconnect.com/sign/account-witness-vote?witness=bitrocker2020&approve=true">vote for witness</a>
properties (22)
post_id81,972,903
authorteammalaysia
permlinkmjcxpymqyg
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysiadevtest","teammalaysia"],"app":"stephard\/0.1"}
created2019-11-23 15:07:36
last_update2019-11-23 15:07:36
depth1
children0
net_rshares0
last_payout2019-11-30 15:07:36
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.000 SBD
curator_payout_value0.000 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length358
author_reputation198,507,892,119
root_title"Noob Film Review - Lang Buana (2003) oleh Mamat Khalid"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000