Review Novel Fiksyen 302 by irmeyhamidi

View this thread on steempeak.com
· @irmeyhamidi ·
$1.34
Review Novel Fiksyen 302
![PhotoGrid_1529891276486.jpg](https://cdn.steemitimages.com/DQmUsS9hH3PWG9KzjNsjVHtXxmwDSvouSiHhzEgRXbwg1m5/PhotoGrid_1529891276486.jpg)

Judul : Fiksyen 302

Penulis : Ramlee Awang Murshid

Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

ISBN : 978-83-124-746-4

Tebal : 501 mukasurat

Harga: RM21.00

Hari ini saya teringin nak buat review tentang novel yang pernah saya baca sebelum ini. Ini merupakan novel pertama yang saya pinjam dari rakan saya ketika bekerja sambilan di UPM. Novel ini memang mengujakan, setiap helaian penuh debaran dan tidak jemu membacanya. saya kira kurang dari seminggu dapat habis kan novel ini.
Secara ringkas novel ini bertemakan psikologi thriller, Fiksyen 302 cukup mengujakan untuk dibaca. 

Fiksyen 302 mengisahkan sebuah plot balas dendam oleh tunang kepada Zarina Mustapha yang telah mati dibunuh dengan kejam. Suspek utama pembunuhan, Datuk Mahali dan Sabri dibebaskan oleh mahkamah atas keputusan tidak bersalah sekaligus melepaskan mereka daripada hukuman mati mandatori di bawah kanun keseksaan 302.


Bermulalah seorang demi seorang yang terlibat dalam kes pembunuhan Zarina dibunuh dengan tragis oleh Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah yang kesemuanya adalah pesakit mental yang telah dibebaskan daripada Hospital Permai Johor Bahru yang telah disahkan pulih .Modus operandi pembunuh ini dengan melakar "302" pada dahi mangsa dan kemudiannya menelefon polis untuk membuat laporan serta berbogel semasa diberkas oleh pihak polis. Mereka mengaku tidak bersalah dan mendakwa pembunuhan itu dilakukan oleh Zonan, roh jahat yang tidak berwajah. Kesemua pesalah seolah-olah berhalusinasi menyatakan Zonan  boleh muncul di mana-mana dan boleh datang sesuka hati. Sekiranya mereka tidak melakukan pembunuhan tersebut atas perintah Zonan, mereka sendiri akan menjadi mangsa pembunuhan kejam Zonan.


Kes pembunuhan Fiksyen 302 ditutup tanpa mengetahui pembunuh yang sebenar. Penulis novel ini mengajak pembaca melalui teknik 'back to the future 'dalam menyelesaikan kes pembunuhan ini. 
Pada tahun 2032, Rita-anak kepada Datuk Mahali seorang peguam, menerima tawaran Dr. Rozlina dan secara sukarela menjadi subjek pertama untuk projek anjakan kuantum (Quantum Leap) bagi mengetahui dalang dan pembunuh sebenar dalam kes pembunuhan Fiksyen 302 yang berlaku 20 tahun lalu. Dengan mengambil watak Noorhafiza Izura, Rita kembali ke tahun 2014 untuk menyelesaikan misteri Fiksyen 302. 


Zonan pada tahun 2032 telah mengetahui akan projek ini dan membunuh Dr. Rozlina dan Dr. Hakimi serta memusnahkan semua usaha Dr Rozlina. Ketika itu, Rita masih terperangkap sebagai watak Noorhafiza dalam mesin kapsul masa  dimana Zonan memusnahkan semua mesin itu dan Rita tidak dapat kembali ke jasad nya. Ketika itu, jasad Noorhafiza telah dibunuh oleh Zonan.
Rita kembali sedar sebagai Noorhafiza dan tidak langsung dapat mengingati apa yang berlaku dan di sahkan hilang ingatan. Kerana begitu yakin Rita sebagai peguam muda Noorhafiza, dia bercadang untuk berjumpa semula Tuan Hizamnuddin dan Tuan Alias untuk membantu nya merungkai kembali kes Zonan. Sebelum Noorhafiza mati ditikam, dia sempat melihat wajah sebenar Zonan dan ingin membongkar misteri itu. Mereka merancang untuk memasang perangkap dan akhirnya Zonan dapat di tangkap. Siapakah Zonan sebenarnya? Ha, kena baca sendiri novel ini.

Novel Fiksyen 302 dengan tagline "Jangan Percaya" digarap dengan kemas sekali. Penulis berjaya menggabungan teknik persoalan demi persoalan, imbas kembali, psikologi, thriller dan back to the future menjanjikan pengalaman pembacaan yang cukup menarik. Novel ini mengajak pembaca untuk terus berteka-teki sehingga ke noktah yang terakhir. "Jangan Percaya" pada diri anda sendiri kerana pengakhiran Fiksyen 302 tidak seperti yang anda jangkakan. Memang luar jangkaan. 

Selamat membaca.

Novel ini amat mudah di dapati di mana-mana kedai buku dan bagi saya harganya amat berpatutan. Bagi mereka yang gemar cerita misteri serta penyiasatan novel ini pasti memenuhi citarasa anda.

https://images.cooltext.com/5103182.png
👍  , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , and 37 others
properties (23)
post_id54,246,471
authorirmeyhamidi
permlinkreview-novel-fiksyen-302
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysia","review","novel","bahasa-malaysia"],"format":"markdown","image":["https:\/\/cdn.steemitimages.com\/DQmUsS9hH3PWG9KzjNsjVHtXxmwDSvouSiHhzEgRXbwg1m5\/PhotoGrid_1529891276486.jpg"],"app":"steemit\/0.1"}
created2018-06-25 02:00:15
last_update2018-06-25 02:00:15
depth0
children2
net_rshares655,378,717,258
last_payout2018-07-02 02:00:15
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value1.046 SBD
curator_payout_value0.294 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length4,051
author_reputation1,311,528,637,009
root_title"Review Novel Fiksyen 302"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
author_curate_reward""
vote details (101)
@jesusisking ·
# Upvote this: https://steemit.com/free/@bible.com/4qcr2i# Upvote this: https://steemit.com/free/@bible.com/4qcr2i
properties (22)
post_id54,246,557
authorjesusisking
permlinkre-irmeyhamidi-review-novel-fiksyen-302-20180625t020114566z
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysia"],"links":["https:\/\/steemit.com\/free\/@bible.com\/4qcr2i#","https:\/\/steemit.com\/free\/@bible.com\/4qcr2i"],"app":"steemit\/0.1"}
created2018-06-25 02:01:15
last_update2018-06-25 02:01:15
depth1
children0
net_rshares0
last_payout2018-07-02 02:01:15
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.000 SBD
curator_payout_value0.000 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length114
author_reputation-1,321,633,721,392
root_title"Review Novel Fiksyen 302"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000
@teammalaysia ·
#### You've been upvoted by **TeamMalaysia** community. Here are trending posts by other **TeamMalaysia** authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using **steemauto.com** and follow trail of @myach

Vote **TeamMalaysia** witness bitrocker2020 using this link <a href="https://v2.steemconnect.com/sign/account-witness-vote?witness=bitrocker2020&approve=true">vote for witness</a>
properties (22)
post_id54,303,037
authorteammalaysia
permlinkreview-novel-fiksyen-302
categoryteammalaysia
json_metadata{"tags":["teammalaysiadevtest","teammalaysia"],"app":"stephard\/0.1"}
created2018-06-25 12:04:54
last_update2018-06-25 12:04:54
depth1
children0
net_rshares0
last_payout2018-07-02 12:04:54
cashout_time1969-12-31 23:59:59
total_payout_value0.000 SBD
curator_payout_value0.000 SBD
pending_payout_value0.000 SBD
promoted0.000 SBD
body_length450
author_reputation198,507,892,119
root_title"Review Novel Fiksyen 302"
beneficiaries[]
max_accepted_payout1,000,000.000 SBD
percent_steem_dollars10,000